Saturday, 31 October 2015

Gajet Peribadi Ku

Allah telah memberi kita hidup yang cukup lengkap dari pelbagai sudut dimana kita boleh hidup senang dan selesa. Penggunaan teknologi diera sekarang telah menjadi kepentingan hidup untuk setiap orang. Setiap orang cuba mencari sesuatu yang baru untuk menjadi lebih baik dalam hidup. Sesetengah perkara yang telah memberi kesan terhadap hidup kita adalah teknologi seperti komputer, telefon canggih, internet dan television. Setiap teknologi yang dikenalkan kepada kita memberi kesan yang positif dan negative terhadap diri seseorang. Teknologi ini telah terbukti telah membawa perubahan didalam hidup kita di era ini.

Bercerita tentang gajet, sahabat merupakan tempat kita ketika meluahkan perasaan ketika sedang menghadapi masalah tetapi gajet merupakan tempat dimana kita menghabiskan masa sepanjang masa. Hampir semua orang didalam dunia ini mempunyai gajet sendiri dan tidak akan berpisah walau sesaat. Ada sesetengah yang sanggup mengabaikan perbualan diantara kawan-kawan hanyalah semata-mata kerana gajet. Ada yang sanggup menghabiskan duit untuk sejenis telefon pintar yang lebih canggih dari kawan-kawannya. Setiap orang mempunyai idaman untuk mempunyai gajet yang lebih canggih dari semua orang.

Aku juga mempunyai gajet-gajet ku seperti telefon mudah alih dan computer riba. Telefon pintar ini banyak memberi kemuudahan terhadap diriku. Seperti contoh diriku yang kini belajar jauh dari keluarga jadi untuk memastikan keadaan ku sentiasa didengari oleh mereka kegunaan telefon pintar membantuku. Dengan adanya telefon pintar ini aku boleh hantar mesej, menelefon keluarga ku dan melayari internet bila-bila masa sahaja. Aku sudah banyak memiliki gajet dan aku suka menyimpannya sebagai koleksi walaupun aku sudah tidak menggunakannya lagi. Kini aku merupakan pengguna telefon pintar berjenama Sony. Sebelum aku memilih jenama ini aku telah mencuba hampir kesemua jenama telefon pintar ini. Aku lebih tertarik dengan jenama Sony ini kerana bentuknya, ketahan lamaannya dan juga pelbagai fungsi yang menjadikannya pilihan aku. Jenama Sony mempunyai kelebihan berbanding jenama lain seperti ketahanan bateri untuk jangka masa yang lama dan kamera berkualiti tinggi. Dibandingkan dengan telefon pintar Samsung, Nokia dan yang terbaru Lenovo aku lebih memilih Sony dari yang lain. Dengan memiliki telefon pintar ini aku mampu memuat turun pelbagai aplikasi seperti Whatsapp, Facebook, Instagram dan lain-lain lagi. Ia mengisi masa lapang ku apabila aku merasakan aku tiada apa-apa untuk dilakukan. Aku juga sering bermain permainan yang aku memuat turun didalam telefon pintar ku. Selain itu, ia memudahkan aku dari sudut peringatan terhadap solat lima waktuku, masaku dan jadual seharian ku. Aku bukanlah seorang yang gemar memakai jam tangan jadi dengan adanya telefon pintar ini aku boleh melihat masa dengan lebih mudah. Pernah suatu ketika telefon pintar ku rosak, aku terpaksa menghantarnya selama dua bulan jadi ketika itu aku terpaksa menggunakan telefon biasa bukan lah telefon pintar. Agak sukar bagi ku kerana sesetengah kawan-kawanku suka hantar pesanan melalui bukanlah melalui mesej biasa. Disitu barulah aku terasa ia juga harus dijaga dengan elok supaya tidak mengalami kerosakan lagi.



Antara gajet aku yang lain adalah komputer riba.  Diriku kini sudah menjadi mahasiswa jadi computer riba merupakan perkara yang paling penting untuk bagi memudahkan pembelajaran ku. Hal ini dibuktikan, segala tugasan, kerja-kerja dan mencari informasi-informasi yang berkaitan dengan pelajaranku haruslah menggunakan komputer riba. Ia sangat mudah untuk dibawa kemana-mana kerana ia bukanlah seperti sebuah komputer yang besar. Komputer riba ini juga merupakan tempat aku melakukan segala aktiviti seperti menonton cerita-cerita, bermain permainan dan mendengar lagu. Aku menggunakan jenama Samsung sebagai pilihan komputer ribaku. Pengetahuan tentang computer aku kekurangan jadi aku memilihnya kerana jenamanya sahaja. Sudah masuk empat tahun aku menggunakannya, Ia seolah-olah menjadi barang peribadi aku yang amat penting dan harus dijaga dengan baik.  Banyak duitku sudah ku habiskan untuk membaiki komputer riba ini kerana telah mengalami kerosakan seperti retak skrin dan rosak papankunci.



  Secara kesimpulannya, gajet telah banyak mempengaruhi hidupku kini dan memberi keselesaan kepadaku. Memang mudah untuk kita kehilangan sesuatu benda tetapi jika kita mengambil langkah berjaga-jaga benda itu akan sentiasa ada dengan kita.

Pengalaman Semasa Di UUM

Assalamualaikum dan hai kepada semua, kali ini aku akan menceritakan tentang kisah pengalaman yang aku perolehi ketika berada universiti utara Malaysia dari awal aku memasukinya  sehingga kini. Kini aku sudah semester tujuh jadi tentu banyak sekali pengalaman dan kenangan yang aku dapat ketika berada disini. Sebagai permulaannya, aku mula menjejak ke menara gading ini pada tarikh 1 September 2012. Pada mulanya diriku amat berat untuk melangkah sejauh ini untuk meninggalkan keluarga angkatku tapi demi meneruskan azam aku iaitu ingin membuktikan kepada keluarga ku akhirnya aku harus meneruskan jua. Terlalu banyak kenangan yang manis dan pahit telah ku cipta ketika diriku di UUM ini. Diriku begitu sedih ingin meninggalkan semua kenangan itu kerana ia seolah-olah memori yang terindah yang telah aku cipta didalam buku hidupku. Disini aku ingin menceritakan pengalaman ku ketika berada di UUM bermula dari semester satu sehingga penghujung tahun akhir pengajianku ini. Aku amatlah aktif melibatkan diri didalam kelab dan aktiviti di UUM ini. Tidak hairanlah bagi diriku sesetengah mengenali diriku ini melalui aktiviti dan penglibatan yang aku melibatkan diri.

Pada semester satu, aku merupakan mahasiswa jurusan pengurusan pelancongan yang menetap di dewan penginapan pelajar telekom Malaysia dan aku satu-satunya lelaki untuk jurusan pelancongan di penginapan ini. Kesemua pelajar lelaki ditempatkan di penginapan lain jadi aku tidak mempunyai kawan kursus yang sama pada awalnya. Aku mempunyai rakan sebilik yang berasal dari Kedah dan mengambil jurusan undang-undang. Kami memang agak tidak rapat pada mulanya kerana masing-masing bukanlah satu jurusan yang sama. Lama kelamaan kami ibarat abang dan adik sentiasa bersama. Setelah beberapa minggu di UUM, aku dapat menglibatkan diri didalam satu program ke luar Negara iaitu melawat ke negara Thailand. Amatlah seronok diriku ini kerana baru sahaja diriku memasuki UUM aku sudah berpeluang untuk melancong ke negara orang. Aku telah pergi ke Thailand dengan seramai 40 orang. Aku pergi ke sana untuk satu program mengenai keusahawanan dan telah bermalam selama lima hari empat malam. Di sana aku belajar bagaimana untuk bertahan di negara orang dan belajar budaya mereka. Aku telah pergi ke beberapa buah tempat seperti melawat universiti mereka dan kawasan tempat tinggal mereka. Budaya mereka dan budaya ditempat aku disini sungguh berbeza dari segi pakaian dan hubungan antara lelaki dan perempuan.

Di Thailand 
Seterusnya dua minggu sebelum aku memasuki semester dua, aku telah terlibat dalam satu program anjuran unit hal ehwal pelajar bertajuk “Student Leadership Camp 2013/2014” program ini dijalankan selama dua minggu dan bertempat di bukit kachi UUM. Aku telah terlibat sebagai urusetia program. Banyak aktiviti, kawan dan input berguna yang aku perolehi ketika program ini seperti bagaimana ingin mengadakan program, menguruskan kewangan program dan apa faedah yang peroleh dari program tersebut. Program ini melibatkan seluruh jawatankuasa kelab yang ada di UUM ini.

SLC 2013/2014

Semester ini juga aku telah terpilih sebagai jawatankuasa untuk kelab jurusan aku. Aku telah memegang jawatan sebagai biro sukan dan rekreasi kelab pelancongan. Banyak aktiviti kelab pelancongan yang telah kami lakukan dan aku turut serta seperti kem pengenalan kursus kepada junior, program membasuh kereta dan sebagainya. Banyak program yang aku libati semasa semester dua seperti hari keluarga dewan penginapan pelajarku, makan malam bersama pelajar universiti thailand dan program mobiliti di Universiti Malaysia Terengganu.

Mobiliti di Universiti Malaysia Terengganu

Diteruskan lagi perjalanan ku disemester tiga ku di UUM, semester ini aku terlalu aktif sehinggakan aku telah mendapat duduk seorang di penginapan ku. Aku aktif dengan unit hal ehwal pelajar dan kelab jurusan ku. Pada semester ini aku telah mengambil kelas rekreasi dalam pelancongan. Kelas ini mewajibkan pelajarnya untuk keluar ke kawasan rekreasi tidak kisah sama ada hutan ataupun pantai. Jadi untuk kelas aku. Aku dan kawan kelasku telah dibawa pergi pulau pangkor untuk tujuan tugasan kelas tetapi bukanlah tugasan sangat. Ia lebih kepada merehatkan minda dan diri dari segala benda. Aku telah pergi ke Pulau Pangkor selama tiga hari dua malam. Banyak kenangan aku telah perolehi seperti bermain “Banana boat”, menyelam untuk melihat ikan didalam laut dan melawat sekitar Pulau Pangkor.

Kelas Rekreasi Pulau Pangkor

Sesudah sahaja aku pulang dari Pulau Pangkor aku telah memyibukkan diri dengan melibatkan diri dalam Pesta Konvo kali ke 26. Aku telah menjadi urusetia dan ketua bahagian sukan. Aku telah mengalami pelbagai pengalaman seperti memberi penerangan kepada kawan-kawanku mengenai tugas mereka, berkomunikasi dengan pegawai atasan dan orang luar bagi acara sukan yang akan dilakukan dan mengendalikan aktiviti sukan sempena pesta konvo itu. Selesai sahaja pesta konvo , aku dan kelab pelancongan telah mengadakan jamuan perpisahan untuk jawatankuasa tahun tersebut. Disitulah kenangan yang aku tidak dapat lupakan kerana bersama merekalah aku tahu bagaimana untuk berinteraksi dan menjadi pelajar yang aktif. Terima kasih untuk segala kenangan yang aku telah cipta bersama mereka.

Hari demi hari bulan demi bulan kini aku sudah masuk semester empat dan sudah dua tahun aku berada di UUM. Bila difikirkan apabila semakin naik semester semakin banyak tugasan yang ada. Disemester ini aku mengurangkan pelibatan diriku didalam aktiviti dan program yang telah dianjur oleh UUM kerana aku telah mendapat keputusan peperiksaan yang agak teruk bagiku. Disitu lah ia menjadi pengajaran kepada diriku walau sesibuk mana pun pelajaran harus dijaga. Aku telah ditegur oleh keluarga angkatku supaya mengurangkan pelibatan diri dalam sebarang program. Aku telah menjadi seorang pelajar yang sentiasa melakukan kerja awal kerana diriku sudah tidak terlibat dengan sebarang aktiviti. Walaubagaimanapun di penghujung semester aku telah melibatkan diri sebagai ketua biro logistik didalam program makan malam untuk perpisahan senior jurusan ku. Memang setiap hujung semester akan ada majlis makan malam perpisahan dengan setiap senior  jurusan ku. Majlis itu telah berlangsung diteater eksprimen belakang dewan Muazam Shah UUM. Aku selaku ketua logisitik dan pengangkutan memainkan peranan penting dalam mengendalikan lokasi majlis dan menyediakan pengangkutan untuk peserta. Di situ aku belajar untuk menguruskan bahagian logisitk. Bukan mudah untuk dikatakan kerana biro ini amatlah kritikal kerana biro ini tugasnya adalah untuk menyediakan pengangkutan jadi jikalau tidak mendapat pengangkutan aku yang harus bertanggungjawab. Ketika majlis makan malam sedang berlangsung banyak aktiviti telah dilakukan seperti cabutan bertuah, nyanyian solo dan duet dan persembahan dari band jemputan. Begitulah perjalanan semester empat ku berakhir.

Sebelum aku memasuki semester lima di UUM, pada setiap kemasukan pelajar baru pada bulan september iaitu sebelum masuknya semester baru pihak UUM akan mengadakan satu program untuk melatih setiap dewan penginapan dan urusetia bagaimana untuk mengedali pelajara-pelajar baru. Aku telah terpilih sebagai urusetia dalam program Minggu Suai Kenal ataupun lebih dikenali dengan singkatan MSK. Aku telah ditugaskan untuk menjadi urusetia induk dan memegang jawatan ketua biro kebudayaan dan keseniaan. Program ini dijalankan dua minggu sebelum masuknya semester baru. Ketika program ini aku telah berkenalan dengan ramai orang dan ada diantara sehingga kini telah menjadi rapat seperti Danial dan Khai. Pada mulanya aku agak janggal untuk menegur mereka bak kata orang tak kenal maka tak cinta. Lama kelamaan aku dan mereka telah berkawan sehingga kini.

Minggu Suai Kenal Sesi 2014/2015

Selesainya program tersebut, kelab pelancongan telah mengadakan program mobiliti ke universiti malaysia kelantan. Program ini melibatkan seramai 30 orang pelajar jurusan pelancongan dari UUM. Kami telah pergi UMK selama 3 hari 2 malam. Disitu aku dapat berkenalan dengan rakan-rakan yang mengambil jurusan yang sama yang bezanya universiti sahaja. Banyak pengalaman yang aku dapat ketika berjalan ke negeri orang. Bagiku bukanlah berjalan ke negeri orang tapi seolah-olah pulang ke tempat kelahiran ku sendiri. Pelajar dari UMK telah membawa aku bersiar-siar pusing Kota Bharu. Aku telah dibawa ke beberapa tempat seperti Pasar Siti Khadijah, Muzium sejarah dan Pantai Irama Bachok. Ketika aku di UMK, aku telah diberi seorang “buddies” tapi dari sejak aku sampai sehinggakan hari aku mahu berangkat pulang ke UUM aku tidak berkesempatan menemuinya.

Mobiliti Di Universiti Malaysia Kelantan

Pejam celik-pejam celik, kini aku sudah masuk tahun tiga berada di UUM dan sudah menjadi senior kepada junior-junior ku kerana kamilah yang paling lama sekali dalam jurusan ku. Semester ini merupakan semester yang harus aku berikan perhatian penuh dalam pelajaran kerana tidak lama lagi aku bakal menghabiskan pengajianku. Aku telah mengehadkan diriku dalam penglibatan aktiviti-aktiviti luar dan kampus. Semester ini merupakan cabaran bagiku, disemester ini aku telah mengambil kelas kajian penyelidikan dimana aku perlu memberi penuh perhatian untuk kelas itu. Disetiap hujung pengajian jurusan ku, pelajar diwajibkan mengambil kelas kajian penyelidikan. Jadi aku harus memikirkan tajuk yang sesuai untuk kajian penyelidikan ku. Tajuk kajian ku adalah pelancongan kesihatan di Pulau Pinang. Agak sukar pada mulanya untuk memikirkan tajuk pada mulanya kerana banyak tajuk aku telah ditolak oleh pensyarah kerana tajuk yang selalu pelajar lakukan. Aku telah memilih tajuk ini kerana aku merasakan kelainan dari orang lain dan ingin mencuba sesuatu yang baru.

Di semester ini juga aku telah menawarkan diriku untuk menjadi sebahagian dari jawatankuasa sahabat yadim UUM. Aku telah memegang jawatankuasa sebagai biro perhubungan awam (dalam). Aku ditugaskan untuk berinteraksi dengan pegawai-pegawai didalam UUM. Dengan penglibatan diriku didalam sahabat yadim, aku telah berkenalan dengan lima orang kawan yang pada mulanya masing-masing agak malu untuk menegur iaitu Danial, Iqa, Sham, Bella dan Fareez. Sekarang mereka ada lah sebahagian dari hidupku dan aku sudah menganggap mereka seperti kelurga ku sendiri. Merekalah tempat aku mengadu masalah, berkongsi cerita dan bergurau senda. Dimana ada aku disitu ada mereka begitulah kami ibarat belangkas sentiasa bersama. Kami sentiasa berenam tidak kira dimana jua dan diabaratkan bagai air yang dicincang tidak akan putus hubungan persahabatan enam orang kawan berlainan latar belakang. Begitu juga semester ini aku terpaksa mengalami perpisahan yang sangat bermakna bagiku. Aku terpaksa ditinggalkan oleh enam orang kawan perempuan jurusan ku. Mereka ibarat kakak kepadaku kerana mereka semua adalah pelajar diploma jadi umur mereka jauh lebih tua dariku. Mereka adalah tempat aku meminta tunjuk ajar dan pertolongan dalam pelajaran dan akulah adik mereka yang paling degil sekali. Aku mendoakan mereka berjaya dan kekal hubungan ini sampai bila-bila. Kini mereka berenam sedang praktikal di pilhan tempat masing-masing.

Lima sahabat rapat diriku

Kawan sama jurusan

Akhirnya,  semua kenangan aku hampir siap kerana kini aku sudah semester tujuh dan tahun akhir pengajian di UUM. Di semester ini banyak yang harus aku lakukan seperti melakukan sambungan untuk kertas kajian penyelidikan ku, melakukan temuduga bersama hotel dan mencari tempat untuk diriku praktikal. Banyak halangan yang harus ku tempuhi untuk menamatkan semester ini seperti permohonan untuk praktikal ku tidak memberi sebarang panggilan dan kajian penyelidikan ku masih tergantung kerana tidak mendapat bantuan dari pihak UUM. Selain itu, aku mengharapkan tahun akhirku akan mencipta kenangan yang terindah tetapi sebaliknya. Semester ini aku terpaksa meninggalkan lima sahabat yang aku telah menggangap mereka sebagai sebahagian dari diriku. Aku dan mereka telah merancang pelbagai aktiviti untuk dilakukan bersama sebelum aku pergi meninggalkan mereka. Masing-masing sibuk dengan kerja dan tugasan yang diberi jadi aku tidak paksa mereka untuk melakukan semua tetapi merekalah kawan aku yang sehingga kini masih berdiri bersama jatuh bersama. Kami saling tolong menolong antara satu sama lain seperti pernah sekali aku demam mereka tolong membawa aku ke pusat kesihatan UUM. Susah zaman sekarang kita hendak mecari kawan yang sanggup menolong ketika susah kerana semuanya mencari ketika kita dalam kesenangan.





Kesimpulannya, selama aku berada di UUM banyak pengalaman manis dan pahit telah ku cipta. Aku mengharapkan semua yang aku lalui selama ini tidak dapat aku lupakan dan dapat mengajarku erti hidup sebenar walapun tanpa keluarga ku disisi. Diriku tidak sabar untuk melangkah keluar dari UUM walaupun hati ku mengatakan berat untuk meninggalkannya. UUM merupakan tempat dimana aku menimba ilmu, mencari pengalaman dan berkenalan dengan kawan-kawan. Segala yang berlaku disini tidak akan ku lupakan. Terima kasih UUM kerana menjadi sebuah tempat terciptanya kisah tentang diriku. 

Diriku dan Perhentian Bus

Entri untuk kali ini aku akan menceritakan kelainan sedikit kerana ia mengisahkan tentang perhentian bus dan diriku. Ada apa dengan perhentian bus ? Kenapakah aku memilih perhentian bus daripada yang lain ?. Aku yang kini sedang belajar sebagai mahasiswa UUM menetap di dewan penginapan pelajar telekom Malaysia. Di situ, terdapat sebuah perhentian bus di dewan penginapan ku ini. Disitu lah bermulanya rutin harian aku sebagai seorang mahasiswa UUM untuk ke kelas, ke dewan penginapan pelajar dan lain-lain. Dari awal aku memasuki UUM sehingga kini perhentian bus itu masih berdiri kukuh dan setiap tahun akan diperbaiki untuk penambahbaikan. Ada ketika perhentian bus itu akan dipenuhi pelajar dan ada ketika perhentian bus itu tidak akan ada pelajar. Diawal pagi pada setiap hari ahad, isnin, rabu dan khamis perhentian bus itu akan dipenuhi pelajar yang akan menaiki bus untuk ke kelas.

Suasana waktu petang
Suasana waktu malam
Kenapa aku mengaitkan perhentian bus dengan diri ku ? Adakah disebabkan ada sesuatu perkara berlaku atau hanya sekadar titik permulaan rutin harian aku sebagai seorang mahasiswa UUM. Terdapat sesuatu yang berlaku pada diriku semasa aku berada diperhentian bus sewaktu aku semester dua. Disinilah berlakunya cinta pandang pertama aku terhadap seorang wanita yang aku sukai lihat ibarat bagai bulan dipagar bintang. Aku sentiasa memerhatikan dia sewaktu aku ingin ke kelas setiap hari. Ada kala aku tidak nampak dia ada kala aku dapat lihat dia. Namanya Nur Atira yang kini menjalani pratikal dan berasal dari Selangor. Orangnya putih manis, berwajah ayu dan sentiasa manis senyumanya. Aku tidak berani menegurnya kerana aku merupakan seorang yang agak pemalu untuk berdekatan dengan perempuan. Jadi hanya sekadar senyuman mampu aku berikan kepada dia.

Peristiwa yang seterusnya sewaktu aku semester lima dimana aku telah terjatuh di perhentian bus ketika hari hujan. Itu lah peristiwa memalukan bagi diriku kerana semua pelajar yang berada didalam bus melihat aku. Ketika itu hari hujan lebat, seperti biasalah seorang lelaki memang payah untuk membawa payung jadi aku haruslah meredah hujan ketika itu. Lantai di perhentian bus sewaktu itu licin akibat dari hujan lalu menyebabkan aku tergelincir lalu terjatuh. Terpaksa aku membuat muka tebal untuk bangun dan beredar dari situ dengan segera.

Begitulah sebabnya kenapa diriku memilih perhentian bus untuk menjadi topic bagi entri ku kali ini. Ia memberiku kisah manis dan pahit didalam hidupku ketika berada di UUM. Perhentian bus itu telah menjadi tempat yang telah tertulis dalam kisah hidup aku sepanjang aku berada di UUM. 

Thursday, 29 October 2015

Tentang Diriku

Hidupku sering diuji dengan pelbagai ujian dari kecil sehingga kini. Diriku tabah menghadapi setiap ujian dan setiap ujian yang ku hadapi menguatkan diriku sehingga kini. Aku jarang sekali bercerita tentang diriku kepada orang lain mahupun kawan rapat ku sendiri. Diriku ini serba kekurangan daripada orang lain tetapi ku bersyukur diriku telah berjaya sehingga kini. Aku merupakan seorang anak yatim yang sudah kehilangan ayah semasa diriku baru sahaja dilahirkan didunia ini. Belum sempat ku melihat siapakah ayahku dan bagaimanakah rupanya ayah ku sudah pergi meninggalkan aku. Aku sekarang dibesarkan bersama keluarga angkatku yang menetap di Kuala Lumpur.

Diriku banyak nama panggilan yang diberi oleh kawan-kawanku dan keluarga angkatku seperti Wan Zack, Wan, Z, Idi dan Bidi. Aku lebih gemar orang memanggil diriku Wan kerana itulah nama yang diberi oleh ayahku sebelum dia pergi meninggalkan ku. Diriku mempunyai sebuah keluarga yang terdiri daripada enam orang. Aku mempunyai tiga abang, dua kakak dan aku adalah akhir sekali. Kalau aku dikeluarga angkat aku juga merupakan yang terakhir dari empat orang, dua kakak dan satu abang.  Pada tahun 1993, khamis 22 April di Pasir Puteh Kelantan lahirnya diriku ke dunia ini disambut oleh kedua ibubapa ku iaitu Wan Hassan dan Wan Zaharah.



Kini diriku sudah mencapai usia 22 tahun, aku sudah berjaya memasuki universiti dan masih meneruskan saki baki pengajian tahun terakhirku sebagai pelajar pengurusan pelancongan. Sekarang diriku sedang mengambil ijazah untuk membuktikan kepada keluargaku walaupun diriku mempunyai banyak cabaran dan ujian aku mampu berdiri teguh. Aku ingin sekali ketika hari penganugerahan diriku nanti keluarga kandungku akan bersama ku ketika itu. Walaupun aku bukanlah pelajar yang bagus tapi memegang sijl ijazah sudai memadai buatku untuk mengembirakan keluarga itu. Didalam keluarga kandung ku tiada seorang pun diantara adik beradikku yang melanjutkan pelajaran sehingga ke universiti. Abang dan kakak ku mereka tidak sempat menghabiskan pelajaran.


Kawan-kawan ku sering mengata pada diri ku, aku kelihatan peramah, periang dan sentiasa memberi senyuman seolah-olah muka ku tidak menunjukkan sebarang masaalah. Aku jarang sekali menonojolkan diri ku sedang menghadapi masalah. Aku lebih suka berdiam dan mencari jalan penyelesaiaan sendiri dari mengharapkan orang lain. Diluar diriku semua orang melihat diriku seorang yang aktif dan selalu memberi senyuman tetapi didalam diriku hanya Allah sahaja yang tahu. Aku juga seorang yang aktif didalam pelbagai aktiviti, Selain itu, aku suka melancong bersama kawan-kawan dan keluarga angkatku. Tempat-tempat yang aku pernah pergi seperti Bali, Bandung, Hongkong dan Singapore. Sekarang aku cuba memahirkan diriku dengan permainan sukan boling, aku gemar bermain boling seorang diri ketika diriku mempunyai masa lapang.

Akhir kata, itulah sahaja coretan tentang diriku ini. Orang selalu berpesan kepadaku lupakan yang lepas hadapinya dengan berani dan cabar masa depan dengan berjaya. Aku mungkin sombong dan tidak peramah tetapi itu semuanya jikalau seseorang itu tidak mengenali diriku ini. Belum kenal diriku belum mengetahu siapa diriku. Jadi sebelum aku pergi meninggalkan dunia ini, aku ingin berkawan dengan semua orang dan buktikan yang aku mampu berjaya walaupun diriki kurang kasih sayang daripada keluarga.