Allah
telah memberi kita hidup yang cukup lengkap dari pelbagai sudut dimana kita
boleh hidup senang dan selesa. Penggunaan teknologi diera sekarang telah
menjadi kepentingan hidup untuk setiap orang. Setiap orang cuba mencari sesuatu
yang baru untuk menjadi lebih baik dalam hidup. Sesetengah perkara yang telah
memberi kesan terhadap hidup kita adalah teknologi seperti komputer, telefon
canggih, internet dan television. Setiap teknologi yang dikenalkan kepada kita
memberi kesan yang positif dan negative terhadap diri seseorang. Teknologi ini
telah terbukti telah membawa perubahan didalam hidup kita di era ini.
Bercerita
tentang gajet, sahabat merupakan tempat kita ketika meluahkan perasaan ketika
sedang menghadapi masalah tetapi gajet merupakan tempat dimana kita
menghabiskan masa sepanjang masa. Hampir semua orang didalam dunia ini
mempunyai gajet sendiri dan tidak akan berpisah walau sesaat. Ada sesetengah
yang sanggup mengabaikan perbualan diantara kawan-kawan hanyalah semata-mata
kerana gajet. Ada yang sanggup menghabiskan duit untuk sejenis telefon pintar
yang lebih canggih dari kawan-kawannya. Setiap orang mempunyai idaman untuk
mempunyai gajet yang lebih canggih dari semua orang.
Aku
juga mempunyai gajet-gajet ku seperti telefon mudah alih dan computer riba.
Telefon pintar ini banyak memberi kemuudahan terhadap diriku. Seperti contoh
diriku yang kini belajar jauh dari keluarga jadi untuk memastikan keadaan ku
sentiasa didengari oleh mereka kegunaan telefon pintar membantuku. Dengan
adanya telefon pintar ini aku boleh hantar mesej, menelefon keluarga ku dan
melayari internet bila-bila masa sahaja. Aku sudah banyak memiliki gajet dan
aku suka menyimpannya sebagai koleksi walaupun aku sudah tidak menggunakannya
lagi. Kini aku merupakan pengguna telefon pintar berjenama Sony. Sebelum aku
memilih jenama ini aku telah mencuba hampir kesemua jenama telefon pintar ini.
Aku lebih tertarik dengan jenama Sony ini kerana bentuknya, ketahan lamaannya dan
juga pelbagai fungsi yang menjadikannya pilihan aku. Jenama Sony mempunyai
kelebihan berbanding jenama lain seperti ketahanan bateri untuk jangka masa
yang lama dan kamera berkualiti tinggi. Dibandingkan dengan telefon pintar
Samsung, Nokia dan yang terbaru Lenovo aku lebih memilih Sony dari yang lain. Dengan
memiliki telefon pintar ini aku mampu memuat turun pelbagai aplikasi seperti
Whatsapp, Facebook, Instagram dan lain-lain lagi. Ia mengisi masa lapang ku
apabila aku merasakan aku tiada apa-apa untuk dilakukan. Aku juga sering
bermain permainan yang aku memuat turun didalam telefon pintar ku. Selain itu,
ia memudahkan aku dari sudut peringatan terhadap solat lima waktuku, masaku dan
jadual seharian ku. Aku bukanlah seorang yang gemar memakai jam tangan jadi
dengan adanya telefon pintar ini aku boleh melihat masa dengan lebih mudah. Pernah
suatu ketika telefon pintar ku rosak, aku terpaksa menghantarnya selama dua bulan
jadi ketika itu aku terpaksa menggunakan telefon biasa bukan lah telefon
pintar. Agak sukar bagi ku kerana sesetengah kawan-kawanku suka hantar pesanan
melalui bukanlah melalui mesej biasa. Disitu barulah aku terasa ia juga harus
dijaga dengan elok supaya tidak mengalami kerosakan lagi.
Antara
gajet aku yang lain adalah komputer riba.
Diriku kini sudah menjadi mahasiswa jadi computer riba merupakan perkara
yang paling penting untuk bagi memudahkan pembelajaran ku. Hal ini dibuktikan,
segala tugasan, kerja-kerja dan mencari informasi-informasi yang berkaitan
dengan pelajaranku haruslah menggunakan komputer riba. Ia sangat mudah untuk
dibawa kemana-mana kerana ia bukanlah seperti sebuah komputer yang besar. Komputer
riba ini juga merupakan tempat aku melakukan segala aktiviti seperti menonton
cerita-cerita, bermain permainan dan mendengar lagu. Aku menggunakan jenama
Samsung sebagai pilihan komputer ribaku. Pengetahuan tentang computer aku
kekurangan jadi aku memilihnya kerana jenamanya sahaja. Sudah masuk empat tahun
aku menggunakannya, Ia seolah-olah menjadi barang peribadi aku yang amat
penting dan harus dijaga dengan baik.
Banyak duitku sudah ku habiskan untuk membaiki komputer riba ini kerana
telah mengalami kerosakan seperti retak skrin dan rosak papankunci.
Secara
kesimpulannya, gajet telah banyak mempengaruhi hidupku kini dan memberi
keselesaan kepadaku. Memang mudah untuk kita kehilangan sesuatu benda tetapi
jika kita mengambil langkah berjaga-jaga benda itu akan sentiasa ada dengan
kita.
No comments:
Post a Comment