Hidupku sering diuji dengan pelbagai ujian dari kecil sehingga kini. Diriku tabah menghadapi setiap ujian dan setiap ujian yang ku hadapi menguatkan diriku sehingga kini. Aku jarang sekali bercerita tentang diriku kepada orang lain mahupun kawan rapat ku sendiri. Diriku ini serba kekurangan daripada orang lain tetapi ku bersyukur diriku telah berjaya sehingga kini. Aku merupakan seorang anak yatim yang sudah kehilangan ayah semasa diriku baru sahaja dilahirkan didunia ini. Belum sempat ku melihat siapakah ayahku dan bagaimanakah rupanya ayah ku sudah pergi meninggalkan aku. Aku sekarang dibesarkan bersama keluarga angkatku yang menetap di Kuala Lumpur.
Diriku banyak nama panggilan yang diberi oleh kawan-kawanku dan keluarga angkatku seperti Wan Zack, Wan, Z, Idi dan Bidi. Aku lebih gemar orang memanggil diriku Wan kerana itulah nama yang diberi oleh ayahku sebelum dia pergi meninggalkan ku. Diriku mempunyai sebuah keluarga yang terdiri daripada enam orang. Aku mempunyai tiga abang, dua kakak dan aku adalah akhir sekali. Kalau aku dikeluarga angkat aku juga merupakan yang terakhir dari empat orang, dua kakak dan satu abang. Pada tahun 1993, khamis 22 April di Pasir Puteh Kelantan lahirnya diriku ke dunia ini disambut oleh kedua ibubapa ku iaitu Wan Hassan dan Wan Zaharah.
Kini diriku sudah mencapai usia 22 tahun, aku sudah berjaya memasuki universiti dan masih meneruskan saki baki pengajian tahun terakhirku sebagai pelajar pengurusan pelancongan. Sekarang diriku sedang mengambil ijazah untuk membuktikan kepada keluargaku walaupun diriku mempunyai banyak cabaran dan ujian aku mampu berdiri teguh. Aku ingin sekali ketika hari penganugerahan diriku nanti keluarga kandungku akan bersama ku ketika itu. Walaupun aku bukanlah pelajar yang bagus tapi memegang sijl ijazah sudai memadai buatku untuk mengembirakan keluarga itu. Didalam keluarga kandung ku tiada seorang pun diantara adik beradikku yang melanjutkan pelajaran sehingga ke universiti. Abang dan kakak ku mereka tidak sempat menghabiskan pelajaran.
Kawan-kawan ku sering mengata pada diri ku, aku kelihatan peramah, periang dan sentiasa memberi senyuman seolah-olah muka ku tidak menunjukkan sebarang masaalah. Aku jarang sekali menonojolkan diri ku sedang menghadapi masalah. Aku lebih suka berdiam dan mencari jalan penyelesaiaan sendiri dari mengharapkan orang lain. Diluar diriku semua orang melihat diriku seorang yang aktif dan selalu memberi senyuman tetapi didalam diriku hanya Allah sahaja yang tahu. Aku juga seorang yang aktif didalam pelbagai aktiviti, Selain itu, aku suka melancong bersama kawan-kawan dan keluarga angkatku. Tempat-tempat yang aku pernah pergi seperti Bali, Bandung, Hongkong dan Singapore. Sekarang aku cuba memahirkan diriku dengan permainan sukan boling, aku gemar bermain boling seorang diri ketika diriku mempunyai masa lapang.
Akhir kata, itulah sahaja coretan tentang diriku ini. Orang selalu berpesan kepadaku lupakan yang lepas hadapinya dengan berani dan cabar masa depan dengan berjaya. Aku mungkin sombong dan tidak peramah tetapi itu semuanya jikalau seseorang itu tidak mengenali diriku ini. Belum kenal diriku belum mengetahu siapa diriku. Jadi sebelum aku pergi meninggalkan dunia ini, aku ingin berkawan dengan semua orang dan buktikan yang aku mampu berjaya walaupun diriki kurang kasih sayang daripada keluarga.
No comments:
Post a Comment