Saturday, 31 October 2015

Diriku dan Perhentian Bus

Entri untuk kali ini aku akan menceritakan kelainan sedikit kerana ia mengisahkan tentang perhentian bus dan diriku. Ada apa dengan perhentian bus ? Kenapakah aku memilih perhentian bus daripada yang lain ?. Aku yang kini sedang belajar sebagai mahasiswa UUM menetap di dewan penginapan pelajar telekom Malaysia. Di situ, terdapat sebuah perhentian bus di dewan penginapan ku ini. Disitu lah bermulanya rutin harian aku sebagai seorang mahasiswa UUM untuk ke kelas, ke dewan penginapan pelajar dan lain-lain. Dari awal aku memasuki UUM sehingga kini perhentian bus itu masih berdiri kukuh dan setiap tahun akan diperbaiki untuk penambahbaikan. Ada ketika perhentian bus itu akan dipenuhi pelajar dan ada ketika perhentian bus itu tidak akan ada pelajar. Diawal pagi pada setiap hari ahad, isnin, rabu dan khamis perhentian bus itu akan dipenuhi pelajar yang akan menaiki bus untuk ke kelas.

Suasana waktu petang
Suasana waktu malam
Kenapa aku mengaitkan perhentian bus dengan diri ku ? Adakah disebabkan ada sesuatu perkara berlaku atau hanya sekadar titik permulaan rutin harian aku sebagai seorang mahasiswa UUM. Terdapat sesuatu yang berlaku pada diriku semasa aku berada diperhentian bus sewaktu aku semester dua. Disinilah berlakunya cinta pandang pertama aku terhadap seorang wanita yang aku sukai lihat ibarat bagai bulan dipagar bintang. Aku sentiasa memerhatikan dia sewaktu aku ingin ke kelas setiap hari. Ada kala aku tidak nampak dia ada kala aku dapat lihat dia. Namanya Nur Atira yang kini menjalani pratikal dan berasal dari Selangor. Orangnya putih manis, berwajah ayu dan sentiasa manis senyumanya. Aku tidak berani menegurnya kerana aku merupakan seorang yang agak pemalu untuk berdekatan dengan perempuan. Jadi hanya sekadar senyuman mampu aku berikan kepada dia.

Peristiwa yang seterusnya sewaktu aku semester lima dimana aku telah terjatuh di perhentian bus ketika hari hujan. Itu lah peristiwa memalukan bagi diriku kerana semua pelajar yang berada didalam bus melihat aku. Ketika itu hari hujan lebat, seperti biasalah seorang lelaki memang payah untuk membawa payung jadi aku haruslah meredah hujan ketika itu. Lantai di perhentian bus sewaktu itu licin akibat dari hujan lalu menyebabkan aku tergelincir lalu terjatuh. Terpaksa aku membuat muka tebal untuk bangun dan beredar dari situ dengan segera.

Begitulah sebabnya kenapa diriku memilih perhentian bus untuk menjadi topic bagi entri ku kali ini. Ia memberiku kisah manis dan pahit didalam hidupku ketika berada di UUM. Perhentian bus itu telah menjadi tempat yang telah tertulis dalam kisah hidup aku sepanjang aku berada di UUM. 

No comments:

Post a Comment